Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca-pembaca blog sekalian. Memandangkan saya sudah lama tak update blog,tiba-tiba datang pula mood nak tulis. Selamat membaca.
Saya berkenalan dengan ramai sahabat saya,baik buruk saya terima. Saya sendiri bukanlah seorang hamba Allah yang baik hingga saya nak menilai orang lain,sedar akan kelemahan diri saya yang hina ini. 21 tahun saya hidup dan selama inilah saya melihat gelagat manusia di sekeliling saya. Bagi saya bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Silap sedikit mungkin kita yang akan terasing terutama bagi mereka yang mahu berubah dari keburukan kepada kebaikan. Sering kali dipersenda seolah-olah mereka lebih tahu akan diri sahabat mereka ini melebihi dari apa yang Allah tahu.
Bukan mudah untuk berubah. Perubahan yang baik bukan mengambil masa satu hari dua,mungkin sampai 2-3 tahun dan mungkin tak akan berubah langsung. Ini berubah kepada kebaikan,bagaimana pula perubahan kepada kejahatan. Hanya sekelip mata sahaja,kita sudah pun menjadi hamba yang berdosa.Bagaimana boleh terjadi seperti ini? Kenapa kita begitu berat untuk berubah kepada kebaikan tetapi begitu mudah untuk melakukan kejahatan? Timbulkan persoalan itu dalam diri kita sebagai permulaan untuk muhasabahkan diri.
Hati yang baik,hati yang sentiasa ada Al-Quran didalamnya. Ketenangan mampu dicari dengan hanya membaca Al-Quran. Cuba tanya pada diri sendiri,bilakah kali terakhir kita membaca Al-Quran? Adakah kali terakhir itu kerana Allah,bagaimana pula dengan bacaannya? Lancar atau tidak. Begitu juga dengan solat,bilakah kali terakhir kita bersolat? Bagi lelaki,adakah solat jumaat sahaja kamu berjemaah ataupun solat pada hari raya sahaja?
Persoalan ini harus ada dalam diri kita sebagai kayu ukur untuk mengenali diri kita dan memperbaiki kelemahan kita. Sebagai manusia yang sifat kita lemah,kita mudah lalai dengan dunia sedang akhirat kita lupa. Kita lupa bahawa dunia ini hanya persinggahan,akhirat sana yang kekal abadi. Kita lupa apabila kita tinggalkan dunia,tiada lagi jalan pulang semula. Tiada lagi peluang untuk kita berubah,untuk bertaubat dan sebagainya. Kita tidak percaya pada rezeki yang Allah Taala tetapkan untuk kita. Kita ambil mudah akan segala perintah Allah sedangkan kita berharap Allah mengabulkan segala permintaan kita,berharap agar segala apa yang kita mahu akan kita perolehi. Kita lupa seandainya kita mengejar dunia,hanya dunia yang Allah beri dan jika kita mengejar Akhirat,Dunia Akhirat Allah beri. Kita lupa semua ini.
Bertuahlah bagi mereka yang sedar akan kelemahan mereka. Lebih beruntung bagi orang yang cuba mengubahnya kerana ramai manusia yang sedar akan kesilapan tapi berterusan melakukan kesalahan itu. Hal-hal seperti masih muda,banyak lagi masa,malu diperlekehkan oleh sahabat yang lain yang menjadikan mereka begitu berani melakukan dosa. Sedarkah kita mati tak mengenal usia,sedarkah kita amal perbuatan kita di catit sepanjang masa,sedarkah kita bahawa masa kita semakin suntuk dan sentiasa meninggalkan kita. Bayangkan kita di padang Mahsyar nanti,apa jawapan yang kita akan jawab untuk dosa yang kita lakukan. Mulut tertutup,tangan kaki berbicara. Mampukah kita menafikan kesalahan kita di depan Allah nanti?
Iman itu adalah cahaya,keburukan itu kegelapan. Selagi mana kita berusaha untuk berubah,selagi itu ada iman dalam diri. Untuk apa kita bergelap dalam dunia yang hina sedang ada cahaya yang sekelumit menerangi jalan kita. Kita menghurung jalan yang berduri dan berliku sedangkan ada jalan yang lurus tanpa halangan. Berubahlah wahai sahabat,kita manusia biasa tidak lari dari godaan dunia. Pintu taubat terbuka luas seluas-luasnya. Berusahalah untuk berubah sebelum nikmat sihat kita diambil nanti. Mutiara kata,orang yang berjaya bukanlah orang yang berjaya pada akhirnya tetapi orang yang berusaha pada awalnya dan tak kenal erti putus asa. Wallahualam.
''Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka dan mereka kekal didalamnya'' Surah Al-Baqarah ayat 257
''Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang benderang. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Belas Lagi Maha Mengasihani terhadap kamu'' Surah Al-Hadid ayat 9.
salam...
ReplyDeleteingat aku lg? haha kita slalu fight result masa f2 dulu..
aku suka statement perubahan tu.yup berubah memang perlukan masa..
semoga berjaya kat sana capang..doakan aku n kawan2 yg lain jugak :)
jazakallah khair
Waalaikumussalam..aku ngat lagi kau..mne ernah lupa sahabat2 aku yang lain..haha..insyaAllah,bitaufik wa najah..aku doakn semua berjaya..
ReplyDelete