Tuesday 18 September 2012

Berubah Dan Bertuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca-pembaca blog sekalian. Memandangkan saya sudah lama tak update blog,tiba-tiba datang pula mood nak tulis. Selamat membaca.

Saya berkenalan dengan ramai sahabat saya,baik buruk saya terima. Saya sendiri bukanlah seorang hamba Allah yang baik hingga saya nak menilai orang lain,sedar akan kelemahan diri saya yang hina ini. 21 tahun saya hidup dan selama inilah saya melihat gelagat manusia di sekeliling saya. Bagi saya bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Silap sedikit mungkin kita yang akan terasing terutama bagi mereka yang mahu berubah dari keburukan kepada kebaikan. Sering kali dipersenda seolah-olah mereka lebih tahu akan diri sahabat mereka ini melebihi dari apa yang Allah tahu.

Bukan mudah untuk berubah. Perubahan yang baik bukan mengambil masa satu hari dua,mungkin sampai 2-3 tahun dan mungkin tak akan berubah langsung. Ini berubah kepada kebaikan,bagaimana pula perubahan kepada kejahatan. Hanya sekelip mata sahaja,kita sudah pun menjadi hamba yang berdosa.Bagaimana boleh terjadi seperti ini? Kenapa kita begitu berat untuk berubah kepada kebaikan tetapi begitu mudah untuk melakukan kejahatan? Timbulkan persoalan itu dalam diri kita sebagai permulaan untuk muhasabahkan diri.

Hati yang baik,hati yang sentiasa ada Al-Quran didalamnya. Ketenangan mampu dicari dengan hanya membaca Al-Quran. Cuba tanya pada diri sendiri,bilakah kali terakhir kita membaca Al-Quran? Adakah kali terakhir itu kerana Allah,bagaimana pula dengan bacaannya? Lancar atau tidak. Begitu juga dengan solat,bilakah kali terakhir kita bersolat? Bagi lelaki,adakah solat jumaat sahaja kamu berjemaah ataupun solat pada hari raya sahaja?

Persoalan ini harus ada dalam diri kita sebagai kayu ukur untuk mengenali diri kita dan memperbaiki kelemahan kita. Sebagai manusia yang sifat kita lemah,kita mudah lalai dengan dunia sedang akhirat kita lupa. Kita lupa bahawa dunia ini hanya persinggahan,akhirat sana yang kekal abadi. Kita lupa apabila kita tinggalkan dunia,tiada lagi jalan pulang semula. Tiada lagi peluang untuk kita berubah,untuk bertaubat dan sebagainya. Kita tidak percaya pada rezeki yang Allah Taala tetapkan untuk kita. Kita ambil mudah akan segala perintah Allah sedangkan kita berharap Allah mengabulkan segala permintaan kita,berharap agar segala apa yang kita mahu akan kita perolehi. Kita lupa seandainya kita mengejar dunia,hanya dunia yang Allah beri dan jika kita mengejar Akhirat,Dunia Akhirat Allah beri. Kita lupa semua ini.

Bertuahlah bagi mereka yang sedar akan kelemahan mereka. Lebih beruntung bagi orang yang cuba mengubahnya kerana ramai manusia yang sedar akan kesilapan tapi berterusan melakukan kesalahan itu. Hal-hal seperti masih muda,banyak lagi masa,malu diperlekehkan oleh sahabat yang lain yang menjadikan mereka begitu berani melakukan dosa. Sedarkah kita mati tak mengenal usia,sedarkah kita amal perbuatan kita di catit sepanjang masa,sedarkah kita bahawa masa kita semakin suntuk dan sentiasa meninggalkan kita. Bayangkan kita di padang Mahsyar nanti,apa jawapan yang kita akan jawab untuk dosa yang kita lakukan. Mulut tertutup,tangan kaki berbicara. Mampukah kita menafikan kesalahan kita di depan Allah nanti?

Iman itu adalah cahaya,keburukan itu kegelapan. Selagi mana kita berusaha untuk berubah,selagi itu ada iman dalam diri. Untuk apa kita bergelap dalam dunia yang hina sedang ada cahaya yang sekelumit menerangi jalan kita. Kita menghurung jalan yang berduri dan berliku sedangkan ada jalan yang lurus tanpa halangan. Berubahlah wahai sahabat,kita manusia biasa tidak lari dari godaan dunia. Pintu taubat terbuka luas seluas-luasnya. Berusahalah untuk berubah sebelum nikmat sihat kita diambil nanti. Mutiara kata,orang yang berjaya bukanlah orang yang berjaya pada akhirnya tetapi orang yang berusaha pada awalnya dan tak kenal erti putus asa. Wallahualam.

''Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka dan mereka kekal didalamnya'' Surah Al-Baqarah ayat 257

''Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang benderang. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Belas Lagi Maha Mengasihani terhadap kamu'' Surah Al-Hadid ayat 9.

Friday 1 June 2012

Wanita Daripada Rusuk Kiri



Assalamualaikum. Lama rasanya saya tak update blog ini. Maklumlah sekarang musim peperiksaan namun dikesempatan dan peluang yang ada ini ingin saya kongsikan bersama anda persoalan mengenai wanita adalah daripada rusuk kiri seorang lelaki paling atas yang bengkok dan kenapa wanita ini sangat unik ciptaannya.



Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W bersabda :
"...Layanilah wanita dengan baik dan dengan kebaikan,
kerana wanita adalah dicipta dari rusuk , dan bahagian yang paling bengkok tulang
rusuk adalah bahagian atas. Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannya, dan jika
anda membiarkannya, ia akan kekal bengkok. Jadi layanilah wanita-wanita dengan baik. Dan
bahagian paling bengkok tulang rusuk [yakni wanita] adalah bahagian atas [kepala]"
[Riwayat Bukhari : 3331, At-Tirmidhi : 1188]


Orang kristian berpendapat bahawa hadis ini menghina wanita, di mana mereka sebutkan bahawa seandainya kita betulkan wanita ini, akan patah. Kalau dibiarkan pula, akan tetap bengkok. Maka lebih baik tidak diendahkan. Mereka membuat andaian bahawa hadis ini menunjukkan wanita itu suatu kecacatan.


Jawapan...

Sebenarnya, tidak disebut baginda Muhammad saw bahawa wanita adalah cacat dalam hadis ini. Malah, jika dikatakan wanita itu cacat, ia bercanggah dengan Firman Allah swt :



''[Adalah Allah]Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya''
[Surah As-Sajdah : 7]



Maka, adalah sebuah kejian sekiranya Allah ciptakan wanita itu cacat seperti dikatakan orang kafir itu. Namun sebenarnya ciptaan Allah diciptakan dengan sebaik-baiknya.


Lihat pada sudut perspektif yang akan saya terangkan ini. Wanita diciptakan Allah dengan sifat feminin mereka, sifat lemah lembut mereka, penyayang mereka. Dan seorang lelaki seharusnya menerima seorang wanita itu seadanya, dan menerima sifat semulajadi mereka yang Allah telah tentukan.
  
{Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannya; dan jika anda membiarkan, ia akan kekal bengkok. Jadi layanilah wanita-wanita dengan baik}

Maksud ayat diatas adalah jika seorang lelaki itu melayani wanita dan mendidik wanita itu agar menjadi seperti apa yang lelaki itu mahukan, maka wanita itu akan "patah". Wanita tidak akan sempurna seperti yang lelaki itu mahukan dalam sesuatu aspek. Seharusnya wanita dilayan dengan kesabaran, anda juga seharusnya bersabar memahami wanita, kerana mereka merupakan ciptaan yang sangat indah. Namun jika dipaksa juga, maka wanita ini akan "patah" dan kerana itulah banyak penceraian terjadi.

{Dan bahagian paling bengkok tulang rusuk [yakni wanita] adalah adalah bahagian atas [kepala]}


Disini dijelaskan bahawa bahagian wanita yang paling sukar untuk "diluruskan" adalah kepalanya, iaitu pemikiran mereka, emosi mereka dan sebagainya. Cukup mendalam hadis ini sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya adalah, wanita ini sukar untuk difahami dari segi emosi mereka, perasaan mereka oleh pihak lelaki. Kerana pada lelaki, cara pemikiran lelaki berbeza dari wanita. Anda akan melihat bahawa sering terjadi pergaduhan dalam rumah tangga kerana tiada kesefahaman antara suami isteri dan kesukaran untuk suami mengikuti kehendak, pemikiran isteri .

Rusuk melindungi jantung dan paru-paru

Dalam ilmu biologi, rusuk merupakan suatu tulang yang melindungi organ dalaman iaitu jantung dan paru-paru. Wanita diumpamakan sebagai rusuk untuk memuliakan mereka. Seandainya rusuk ini diluruskan, atau dipatahkan, maka jantung dan paru-paru lelaki ini akan terdedah kepada ancaman. Maka, untuk elakkan daripada organ lelaki ini cedera, maka lelaki ini haruslah menjaga rusuk mereka sebaiknya.

Bayangkan andainya bahawa anda akan dipukul, untuk melindungi jantung anda daripada kesakitan, semestinya...anda akan melindungi "RUSUK" anda dahulu, kerana jika rusuk ini bengkok atau patah ke dalam, ia akan menyakitkan anda.


Begitu jugalah anda harus menjaga wanita yang diciptakan Allah ini yang begitu unik sekali. Mereka seharusnya difahami, bukan dilahirkan semata-mata untuk mengikut kehendak anda sahaja. Allah menjadikan ciptaanNya begitu baik tanpa ada cacat. Demikian juga dengan kita. Jadi layanilah wanita dengan sebaik-baiknya.



''Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan 
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tin : 4]

Saturday 21 April 2012

Indahnya Ilmu Itu..



Assalamualaikum,apa khabar semua??harap semuanya sihat..post kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang ilmu dan mahu mengingatkan kembali sahabat-sahabat saya khususnya dan para mahasiswa yang lain amnya agar mengimbas kembali tujuan asal kita sebenarnya apabila bergelar mahasiswa dan juga seorang pelajar..Bagaimana dahulu kita bermati-matian untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang,kita berusaha membanggakan ayah ibu kita disamping kita berazam untuk berjaya dan membantu keluarga kita..Masih ingatkah kita tentang azam-azam dan matlamat ini??

Bila kita sebut tentang menuntut ilmu ni,dalam Islam kita diwajibkan menuntut ilmu..

Daripada Abu Darda' r.a katanya

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

  • "Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."
  • "Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."
  • "Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yang ada di dalam air."
  • "Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."
  • "Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

Dari mana datangnya ilmu pengetahuan ini?
Kalau kita tak menuntut dari mana datangnya ilmu..Ilmu boleh diperolehi dari banyak cabang dan pengalaman..Dari zaman prasejarah ilmu diperolehi dari sejarah turun temurun keluarga..Mungkin zaman itu bekerja,cara mendapatan makanan,cara menjaga keseamatan diri diajar kepada anak cucu untuk dijadikan panduan hidupnya..

Apabila tulisan dan abjad muncul semua pengalaman ini dikumpulkan didalam sebuah buku..buku ialah ilmu pengetahuan dari pembuatan dari pengalaman yang terkumpul..Buku ialah ilmu pengetahuan yang dikumpul berdasarkan pengalaman-pengalaman yang ada..Ertinya buku-buku ilmu pengetahuan adalah hasil pembuatan..Melalui tulisan,semua pengalaman yang terkumpul itu dijadikan rujukan..

Dalam menuntut ilmu mestilah berguru,ilmu dengan cara pembacaan sahaja tidak dapat dipraktikkan dan difahami secara menyeluruh..Dan kerana itulah tertubuhnya institusi dan insan bernama guru untuk mengembang ilmu pengetahuan secara baik dan praktikal..Bagaimana pula dengan adab berguru??Adab berguru itu harus kita jaga..Ilmu yang bermanfaat dan baik itu datang dengan redha guru yang mengajar kita..Mahukah kita menuntut ilmu dengan guru sedangkan dia tidak redha dengan kita??Mereka cuba beri yang terbaik pada kita sedangkan kita tak menjaga hati mereka dengan sebaiknya..Tidak menjaga adab menuntut ilmu dengan seorang insan bergelar guru..Fikirkan..

Ilmu bukan khayalan yang hanya boleh ditafsir dengan akal fikiran kita sahaja..Bahaya ilmu jika ditafsir begitu sahaja tanpa pembelajaran yang betul..mari kita renungkan mutiara kata ini :


  • Pandangan Mata - Adakala kita tertipu dengan apa yang dipaparkan dihadapan kita..Sepertimana indahnya dunia sehingga ramai yang hanyut bersamanya..
  • Pandangan Akal - Jika berpandukan ilmu yang terhad atau tidak berilmu,akan merosakkan kita..
  • Pandangan Nafsu - Jika nafsu itu jahat,pasti akan rosaklah manusia itu..
  • Pandangan hati - Mestilah hati itu bersih berteraskan keimanan kepada Allah..barulah sempurna semuanya..
  • "Ilmu itu lebih baik dari harta,karena ilmu akan menjagamu sementara harta harus engkau jaga,ilmu akan terus bertambah dan berkembang dengan diamalkan sementara harta akan terkurangi dengan pengunaan, dan mencintai seorang yang berilmu adalah agama yang dipegangi,ilmu akan membawa pemiliknya untuk berbuat taat selama hidupnya dan akan meninggalkan nama yang harum setelah matinya,sementara orang yang memiliki harta akan hilang seiring dengan hilangnya hartanya..Pengumpul harta itu seakan telah mati padahal sebenarnya dia masih hidup,sementara orang yang berilmu akan hidup sepanjang masa..Jasad-jasad mereka telah tiada namun mereka tetap ada di hati manusia.."

Menuntut ilmu tiada akhirnya...Wallahualam..

Sunday 15 April 2012

Berpolitik ke Belajar Korang Ni??

Wah2,isu PTPTN ni semakin hangat diperkatakan diseluruh Malaysia..dengar cerita sampai mahasiswa berdemo minta PTPTN ni diberi percuma pada mereka..kenapa sampai macam ni sekali isu ni dipermainkan..dah cukup fikir masak-masak tentang apa yang korang laung-laungkan ni??aku nak ulas sedikit tentang asal usul PTPTN ni..

PTPTN ni ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997 yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana,Off Jalan Semantan,Damansara Heights,Kuala Lumpur..

Fungsi PTPTN :

1) Menguruskan pembiayaian untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman..
2) Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan..
3) Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis..

Ni serba sedikit tentang PTPTN yang aku copy dari Website PTPTN sendiri..kalau kita tengok dari fungsi PTPTN tu sendiri dah tertulis pinjaman kat situ..manusia-manusia yang meminjam PTPTN ni memang sedia maklum yang PTPTN ni adalah PINJAMAN,BUKAN FREE!!so kalau dah meminjam reti-reti la bayar..kenapa susah sangat nak faham konsep tu??kita pinjam duit,bererti kita berhutang..so kita kena la langsaikan..dan aku rasa kalau korang dah bekerja nanti korang pasti mampu untuk bayar pinjaman ni..bukan kena bayar sekaligus,bayar ansur-ansur..maybe korang rasa PTPTN tu membebankan dan susah nak bayar..kenapa dah tau membebankan kau still lagi nak meminjam??dah pinjam duit tu beli benda bukan-bukan siap beli handphone baru lagi,beli baju baru,kereta semua..belanja sakan lepas tu bila dah sampai masa nak bayar balik liat pula..padan la ramai kena pancung dengan Ah Long sebab sikap segelintir manusia yang memang liat sangat nak bayar hutang..Kah Kah Kah..tahu guna je,bayar balik tak reti pula..

Lepas tu aku tengok mahasiswa bengong kat Malaysia ni tau nak berdemo je,babitkan diri dengan politik yang tak berfaedah tu sedangkan tugas kita jelas-jelas kena belajar..aku tak faham dengan mahasiswa macam ni..diorang ambil mudah sangat pasal benda ni..hari tu kes AUKU,sekarang PTPTN pula..lepas ni apa??berdemo sana sini belajar entah ke mana..berdemo pula kononya isu yang dibangkitkan adalah hak mahasiswa,PTPTN free tapi yang aku tengok terpesong habis..orang kalau ada mata tengok situasi time ko tengah buat demo tu boleh tau yang korang ni sebenarnya hanya menggunakan isu tapi hakikatnya korang ni nak berpolitik je..meh aku tunjuk satu gambar ni..


Ha,pe benda ni..siap kalung macam Hindu dengan batu nisan lagi..gambar Dato' Najib pula tu..apa tujuan korang buat benda ni..korang nak buktikan apa..aku sumpah tak faham..aku tengok benda ni aku fikir dua benda..1st korang mainkan agama Islam kita,agama suci kita sebab aku tengok kat situ Dato' Najib orang Islam,korang kalungkan gambar dia macam mengikut adat agama Hindu plus korang letak batu nisan pula tu..2nd,korang ni politik je lebih..isu yang korang nak ketengahkan tu tenggelam bila korang buat benda ni..nampak macam korang ni nak berpolitik ada la..tak ada kena mengena langsung Dato' Najib dengan isu yang korang mainkan tu..siap ada tulis demokrasi pula tu..PTPTN,Demokrasi??apa kaitan??aku sumpah terkejut dengan apa yang aku tengok ni..dalam video pun korang siap cakap Dato' Najib dah mati la apa la..MasyaAllah..apa semua ni??korang tak ada agama ke??aku macam pelik gila dengan mentaliti korang ni..macam budak baru nak up..mana otak korang pergi time ni..letak kat kepala lutut??kita ni mahasiswa ke ahli politik..

Aku ada dengar tentang isu lain yang diorang mainkan iaitu isu pendidikan free..aku pun kalau ikutkan suka kalau dapat pendidikan free..ye la,sapa tak suka benda free kan,sekarang ni masuk tandas pun kena bayar..hahaha..tapi korang kena tahu..Malaysia telah pun hampir memberi pendidikan percuma..kalau dulu buku teks kasi pinjam dan yuran bayar..sekarang yuran dah mansuh..diperingkat Universiti pula,90% di IPTA kerajaan tanggung..IPTS tanggung sendiri la sebab ada yang gagal tapi kaya dan ada yang ambil kursus yang tak ekonomik macam kursus lakonan di Kolej Lim Kok Wing..Di IPTA,PTPTN disediakan untuk membantu sebagai duit tambahan untuk membeli makan minum,buku dan lain-lain..tapai yang aku nampak diorang ni guna PTPTN untuk beli handphone baru,belanja awek,jalan sana sini..siap ada yang mengaku lagi aku tengok..kalau sekarang ni Iphone la korang sambar..kalau dah sebijik Iphone tu dah berapa pula duit korang abis..kenapa tak berjimat,membazir pula padahal dah tahu kena bayar pinjaman nanti..malah kerajaan siap gariskan PTPTN tak perlu bayar kalau result korang cemerlang..ITU BUKAN BUKTI PENDIDIKAN PERCUMA KE??dalam kes ni kita boleh panggil sistem barter..belajar sejarah kan..kerajaan akan bagi free PTPTN,sebagai balasan korang belaja bersungguh-sungguh dan dapat result cemerlang..siapa kata ini bukan percuma,meh aku bagi sedas dua kat muka kau..belajar je la,tak payah nak berpolitik demo sana sini..yang ruginya siapa??kita mahasiswa ni..

Dalam hidup ni tak ada benda free..Allah bagi kita akal fikiran,tubuh badan yang sihat..ni semua pinjaman,bila-bila Allah boleh tarik balik nikmat-nikmat ni..malah nikmat ni bukannya Allah bagi free kat kita suruh lenggang kankung kat atas muka bumi ni..sebagai balasan kita taat pada perintah-Nya,jauhi larangan-Nya..ebih kurang macam kita "bayar" balik nikmat yang kita peroleh walaupun tak akan menyamai dengan nikmat..bersyukur dengan apa yang korang peroleh..ramai lagi di luar sana yang tak cukup bertuah dapat kesenangan seperti yang ada di Malaysia..muhasabah diri dan tetapkan pendirian kita..banggakah ibu bapa kita jika kita berkelakuan seperti ini??fikirkanlah..

Tuesday 10 April 2012

Haihh..Macam-Macam Puak Kopiah Ni..

Dulu pernah meletup pasal Ustaz Khairi Jalalludin atau nama famous nye Ustaz KJ kena hack facebook beliau oleh orang yang tak bertanggungjawab..lepas tu print screen semua perbualan antara Ustaz KJ dengan beberapa sahabat beliau..sampai macam tu sekali mereka-mereka ni nak jatuh kan Ustaz KJ..apa salah beliau sampai macam ni sekali mereka lakukan..masyaAllah..seolah-olah mereka cuba nak mengaibkan beliau dan puak-puak berkopiah ni menganggap usaha mereka ni satu kejayaan yang besar..padahal pe je yang mereka dapat??beberapa perbualan antara Ustaz KJ dengan Ustaz Anwar,Pegawai Melaka tentang isu Firdaus Mazlan kena buang??En Ridhwan aka Wan Motor pun kena sekali??apa cerita..sedih aku tengok pencacai ni sume..korang tau ke buka aib orang tu berdosa..apatah lagi korang cuba mefitnah beliau..belaja agama tapi bila situasi macam ni mana korang letak agam korang..kepala lutut??sedikit gambar gua sertakan..




Tu dia,tengok bahasa diorang..macam ni muka-muka pejuang kebenaran,muka-muka ustaz..pakai kopiah bagai tapi bahasa macam bodoh..sori la,cakap pun bersepah bajet bagus..Diorang ngat mak bapak diorang agaknya yang bagi makan kat Ustaz KJ..itu yang huru-hara semacam je..lepas tu siap buat page lagi tu..page kat FB??Kah Kah Kah..tak ada modal dah ke??kau ingat page FB tu boleh bantu ke??kau ingat Mark Zuckerberg nak datang Malaysia kasi report apa yang Ustaz KJ buat??lawak gila korang ni..antara page2 yang popular ialah KJ Bocor Fan Club , 3000 People Request Khairi Jalalluddin Resignation from JPMK Mesir..hahaha..siap de yang tanye..dah 3000 orang like ni,nak buat apa sekarang??Ustaz KJ tak letak jawatan ke??KAH KAH KAH..ada ke sebab page-page bodoh macam ni Ustaz KJ nak letak jawatan..memang harapan la der..

Lepas tu,tentang En. Ridhwan atau lebih dikenali sebagai Wan Motor pun kena bahan gak..baru-baru ni hampir 300 pelajar PMRAM datang serbu rumah melaka..aku ada ceritakan dalam post PMRAM Jahanam..mereka seolah-olah tidak menghormati Penolong Pegawai Melaka yang ada pada ketika tu..lepas tu ada ke nak suruh Wan Motor tutup blog sebab bahan korang..asal tak tutup je semua medium yang korang buat untuk bahan Ustaz KJ dan Wan Motor??nak bagi senang kat korang la,orang lain korang kasi susah la..macam tu??middle finger untuk korang..

Aku tak nampak pun apa yang Ustaz KJ buat tu salah..bagi nama orang-orang yang terlibat waktu BERSHIT hari tu sebab korang ni melampau..EM dah keluarkn pekeliling jangan terlibat dengan BERSHIT tapi Firdaus Mazlan bodo tu buat korang pun dungu sangat pegi join then bila tindakan diambil korang melenting..peraturan korang tak nak ikut..PMRAM sape,besar sangat ke sampai EM pun korang nak lawan..Ustaz KJ hanya menjalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan pada dia..begitu juga Wan Motor..tolong hormat sikit mereka sebab merekalah orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar kat sini..come on la,dalam Islam sendiri pun tak ada mengajar umatnya kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita..lepas tu,korang cakap Ustaz KJ zalim,kerajaan zalim..kenapa??sebab kes BERSHIT korang dikenakan tindakan,kenapa??sebab korang langgar pekeliling yang EM dah keluarkan..so celah mana zalim nya..aku sokong Ustaz KJ buat macam ni,sebab aku rasa Ustaz KJ tak mahu terlibat bersekongkol dengan tindakan bodoh korang ni..korang patut diambil tindakan,setiap perbuatan pasti ada balasan..dalam Islam pun ada ajar dosa pahala..peraturan itu sama seperti perintah..perintah korang langgar,dapat apa??dosa la..simple..

Setahu aku,semua pelajar Malaysia akui EM yang bertanggungjawab menjaga kita,mewakili kerajaan Malaysia untuk berada di Mesir..apa salahnya kita menghormati setiap keputusan yang diambil..dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan..kalau benda kecil macam ni kita patuh,tak akan ada masalah macam ni..ada otak fikir la..aku yang lagi muda dari kau ni pun boleh nampak mana satu betul dan salah,korang yang dah hidup lama tak mampus-mampus lagi tak ada otak nak fikir ke..renung-renungkan la..

p/s : Sabar ya Ustaz KJ dan Wan Motor..Allah bersama orang yang benar..moga kesabaran yang ada akan menjadikan Ustaz KJ dan Wan Motor lebih cekal dan berjaya..insyaAllah..


Monday 9 April 2012

Tahniah Buat ISMA..

Assalamualaikum..dah lama rasanya tak update blog ni..entah la,malas nya bukan main lagi..hahaha..memandangkan nak exam tak lama lagi,so kena la kurang-kurang kan benda yang tak penting ni..tapi entah la,ada satu kisah menarik la yang nak diceritakan kat sini..ye la,kalau nak ikutkan banyak cerita tapi satu pun jadi la..hahaha..

Berkenaan dengan program anjuran ISMA baru-baru ni,tahniah saya ucapkan..program yang dianjurkan banyak memberi input yang berguna kepada mahasiswa terutama sekali perkara yang berkaitan dengan POLITIK ISLAM..kenapa ya POLITIK ISLAM??bagi yang dah terbiasa dengan suasana di Mesir ketika ni,banyak perkara yang sudah berlaku dan hampir semua perkara dipolitikkan.salahkan kerajaan dan sebagainya sedangkan perkara harus disiasat secara mendalam dan berfikir secara rasional..jadi topik seperti ini mampu menyedarkan segelintir mahasiswa yang terlalu taksub berpolitik..hahaha..

Tentang blog terulung di Mesir pada waktu ni,yang sangat mendapat perhatian mahasiswa di Mesir,yang menyajikan ''hidangan'' yang pada aku kadang-kadang kurang enak dibaca itulah dia blog Media Mesir..blog ini mengupas isu program yang ISMA lakukan dan menuduh ISMA adalah balaci UMNO seolah-olah mereka mempunyai bukti tentang perkara itu..aku kalau nak ikutkan memmang dah muak dengan perangai segelintir puak-puak kopiah bajet bagus ni..mereka rasakan mereka sahaja yang betul malah perjuangan mereka sahajalah yang suci padahal mereka ni lah perosak agama sebenarnya..gunakan agama sebagai hujah mereka dalam berkata-kata walaupun jelas mereka salah,gunakan agama untuk berpolitik dan sebagainya..tapi dalam blog MediaMesir ni mereka berkata yang ISMA gemar bermain dengan selamat malah mereka mempersoalkan kenapa segelintir ISMA yang join BERSHIT hari tu tak dikenakan tindakan seperti mereka kena..maaf la,memang dah nasib korang kena tarik pinjaman,kena buang Darul Ifta..muka korang paling obvious kat situ,lepas tu salahkan ISMA pula..banyak cantik..

Lagi satu benda yang menampakkan kebodohan PMRAM ni bila blog tu cakap ISMA balaci UMNO..ni aku nak huraikan la..kalau la ISMA tu balaci UMNO,tak ada nye diorang nak pergi join BERSHIT hari tu..ada otak tak nak fikir..bodoh semacam je korang semua ni..hanya berpandukan sekeping gambar yang ditangkap bersama Pengerusi UMNO Mesir,Pegawai EM,Pengerusi Peguam Muda,Pegawai Melaka korang dah melatah sampai macam ni sekali..haihh..

Menurut apa yang aku dengar,pembentangan kertas kerja juga dilakukan dan isu yang dibincangkan adalah isu semasa umat Islam..sewaktu perbincangan tersebut berlangsung,tiada langsung diselitkan unsur-unsur berkaitan kerjasama politik antara ISMA dan Kelab UMNO mahupun KPMM..macam mana PMRAM hati busuk ni boleh kata ISMA berkerjasama dengan UMNO..malah sewaktu perbincangan berlangsung dalam bilik VVIP,pihak BAKAN dan PMRAM juga dijemput untuk turut serta..kenapa mereka tidak hadir sekali..mungkin kalau mereka hadir,mereka lebih jelas malah isu balaci-balaci ini tak akan timbul..disitu dapat kita lihat keegoan PMRAM itu sendiri..mereka merasakan mereka tidak perlu hadir waktu itu dan merasakan persatuan mereka cukup BESAR sampai semua orang termasuk EM sendiri kena melutut dikaki mereka..memang bodoh pemikiran macam ini..

Walauapapun aku bangga dengan ISMA,walaupun di kecam,dihujani dengan soalan-soalan panas waktu program tu,mereka tak cepat melatah macam puak-puak kopiah yang hipokrit ni malah mereka menjawab dengan penuh berhemah dan menjawab dengan fakta..bukan seperti pihak PMRAM yang suka cakap berbelit..Teruskan usaha murni anda dalam menyebarkan syiar Islam..pedulikan apa mereka nak katakan asalkan pihak ISMA tahu apa yang mereka lakukan itu adalah betul..


Tahniah sekali lagi buat ISMA.. =)

Monday 19 March 2012

BKKIM sekutu PMRAM..

Teringat satu ketika dulu BKKIM ade buat majlis kat surau bawah kat bangunan Wisma Seri Melaka..waktu tu aku ade sekali dengan pegawai Melaka..alasan mereka nak buat solat hajat..alasan common la sebab modal ni je mereka ade kan..ye la,sebab nak exam kan..tu pun mereka bagitau lepas pegawai melaka dapat tahu mereka jalankan program tanpa minta kebenaran..kelakar la sebab ape yang jadi waktu tu sangat la melucukan..waktu mereka jalankan program tu ade pro-pro PMRAM ni yang join gak..so pegawai Melaka yang kecewa dengan tindakan mereka jalankan program tanpa minta izin seolah-olah bangunan Wisma Seri Melaka tu macam bapak diorang punya mengarahkan agar program tersebut dibatalkan..nanti dulu,jangan cepat melatah,kenapa program baik ni pegawai Melaka halang??

Sebenarnya,alasan mereka gunakan untuk buat solat hajat tu mereka dah salah gunakan..rupa-rupanya tu perjumpaan ahli-ahli BKKIM..maybe diorang nak check ahli diorang makin susut ke tak kot..kah kah kah..lepas tu siap ade antara mereka yang bagi ucapan waktu tu cakap tentang persatuan mereka harus dipertahankan pulak..persatuan mana ni,tak silap aku BKKIM dah diharamkan..macam mana tu..unsur-unsur PMRAM pun ade waktu tu..haihh..elok-elok pegawai melaka bagi muka korang pijak kepala..meme celaka la perangai korang..aku pelik la dengan ustaz-ustaz ni,nak kata belajar agama memang pelajar agama tapi kenapa nak jadi kaki kencing gak..come on la,praktikkan sikit pe yang ko dah belajar..

Lepas tu,bila dah dibatalkan program tu ade pula suku sakat PMRAM ni melatah..cakap pegawai Melaka tak betul la,benda baik nak halang la..sape nak halang benda baik..tak ade orang nak halang tapi guna otak sikit..dalam bangunan WSM tu de pegawai..pe function pegawai kat situ..tak reti nak minta izin..tak hormat pegawai langsung..siap ade ahli PMRAM yang langsi waktu tu cakap kat pegawai Melaka kalau nak main puak,boleh kami pun boleh main puak...puihh..celah mana puak ko..ngat kami takut ke..lai la,sikit pun gua tak goyang der..cakap gebang,time ko dengan puak-puak ko berani la..cuba ko sorang,tak pun 2 3 orang macam aku ngan pegawai melaka je time tu..baru ko tau langit tinggi rendah..aku sumpah tak takut doh PMRAM..kalau betul nak main puak,silakan..kecil tapak tangan,tapak kaki kami tadahkan..chow~~

p/s : kami tak gentar walau kami sedikit sekali pun..

Monday 12 March 2012

PMRAM Jahanam..

11 Mac 2012,tarikh keramat ni..tadi baru berlangsung satu program dari persatuan PMRAM kononnya satu program yang baik..program agama,program Syria,solat hajat,tazkirah..wow..terkejut beruk la sebab ape yang aku nampak tak macam ape yang korang hebah-hebahkan..ke presiden PMRAM korang ajar korang menipu..jadi kaki pembelit,cakap tak serupa bikin..kenapa aku cakap macam ni kan..de sebab la..

1) Beberapa orang ahli persatuan keramat korang ni bagitau sebab yang berlainan untuk program yang korang nak buat ni..macam mana boleh de sebab yang berlainan..ok,fine..program Syria,solat hajat,tazkirah..ok aku masih boleh terima la sebab benda baik kan..tapi yang terpekik terlolong cakap persatuan kita harus dipertahankan,ARMA adalah hak PMRAM,menafikan hak bepersatuan di Melaka???????eh,aku rasa macam menyimpang je dengan pe yang korang rancang nak buat..penipu gila korang ni..come on la..belajar agama tapi menipu,macam bodoh je bunyi..aku rasa korang ni lagi hina dari anjing..gunakan unsur-unsur agama semata-mata untuk kepentingan persatuan keparat korang..grow a bit la..

2) Rumah Melaka semua sedia maklum,ade persatuan yang bernaung secara sah iaitu IMAM atau nama penuhnya Ikatan Mahasiswa Anak Melaka..BKKIM tak diiktiraf malah kerajaan Melaka dah mengharamkan  BKKIM namun ade segelintir pelajar agama yang tak reti bahasa masih lagi meneruskan persatuan haram ni..itupun korang masih lagi dapat ihsan dari pegawai untuk meneruskan program korang walaupun korang punya persatuan dah diharamkan..tapi tak pe la sebab program korang nak buat program baik kan..kalau aku  jadi pegawai pun,aku kesian la kat korang bagi la nak buat program kan..tapi celah mane pulak datangnya menafikan hak bepersatuan korang??korang bodoh eh,nak kata orang Arab orang Melayu,paham cakap bahasa Melayu..BKKIM DAH DIHARAMKAN OLEH KERAJAAN MELAKA!!bangang..

3) Rumah Melaka ade peraturan,semua rumah negeri ade..jadi SETIAP program kat Rumah Melaka walaupun IMAM sendiri pun kena minta kebenaran dengan Pegawai Melaka yang dah dihantar oleh kerajaan Melaka..sebab rumah Melaka tu bukan mak bapak korang punya suka-suka hati nak buat program..de pegawai kot,tak reti hormat ke..dan bukan PMRAM bangsat punya bangunan,bukan dari dana persatuan korang..satu sen pun tak minta la..aku nak tanya,korang de minta kebenaran ke..aku dengar de pelajar minta kata nak buat program Syria tapi sekarang program ape yang korang buat??korang ni penipu sial..belaja agama pun tak de guna korang tau..kaki kencing macam korang ni layak balik Malaysia tanam jagung..sumpah korang tak tahu malu,MEMALUKAN orang yang belaja agama..memburukkan imej diorang..plus,antara sifat munafik adalah apabila berkata-kata mereka menipu..so,korang ni munafik la kan???

4) Ade juga benda yang korang merepek cakap pasal pelajar tajaan Yayasan Terengganu atau YT kena tarik pinjaman..tak silap aku 9 orang,7 orang pelajar agama,2 pelajar Medic..ha,ni la muka-muka pelajar yang belaja tinggi-tinggi tapi bodoh..sebab apa??sebab memang bodoh.hahaha..dah dapat YT tapi tak reti nak bersyukur..ramai orang tak bernasib baik macam korang,nak dapat pinjaman RM 50000 setahun bagi pelajar Medic,dah macam pergi UK dah aku tengok..meh aku jelaskan..sebelum korang tanda tangan agreement menyatakan korang terima pinjaman tu,korang tak baca betul-betul ye syarat-syarat atau peraturan yang korang kena ikut..ke korang buat-buat tak nak baca,ke buta..ke korang memang dungu orangnya..hahaha...membe aku ade yang dapat YT simpati dengan korang-korang yang malang ni..dia sendiri cakap kat dalam agreement tu de terpampang tak dibenarkan terlibat dalam sebarang unsur-unsur politik..dan mangkuk-mangkuk ni pergi join BERSIH kat Hayyu Asyir,Mesir..eh,jap-jap..Mesir??sah,korang ni memang bengap..BERSIH kat Malaysia la bodoh..bukan kat Mesir..yang korang bodoh sangat pergi join si bangang Firdaus Mazlan tu buat ape..dia yang pandai-pandai anjur BERSIH,Embassy Malaysia bagi ke korang buat perhimpunan politik ni..dah la belajar minta pinjaman dari kerajaan,pastu join BERSIH,kat Mesir plak tu,politik lagi..memang complete set..padan muka korang la kena tarik pinjaman..aku sikit pun tak kesian..korang kesian la kat diri sendiri,susahkan mak ayah korang je..hantar jauh-jauh dengan harapan korang jadi doktor berjaya,jadi ustaz yang berguna tapi korang balas macam ni..bukan nak belajar,cakap je gebang tapi habuk pun tarak..buat malu je...

5) Last la,point last aku ni tak de kena mengena dengan program tadi..aku hentam sebab aku dah naik muak dengan perangai bodoh korang..tak reti bahasa,kurang ajar..cakap belit,guna agama,aku memang pantang la..aku rasa korang ni memang saja cari pasal dengan kami..aku bukan sorang yang menyampah dengan korang..ramai lagi kat luar sana tapi masing-masing diam..low profile la katakan tapi aku tak macam tu..aku benci aku hentam..korang rasa korang bagus sangat kan,teruskan la..korang tengok pe jadi nanti..pergi mampus la sampah...chow~~

Friday 17 February 2012

Makin rumit plak Anuar Ibrahim ni.


Waspada geng,Anuar masih iktiraf negara haram Israel..

Anuar sejak diberi nandek kek dahi ni, belitannya makin power. Dengan belitannya terkini semua orang percaya bahawa anuar lah bakal pemimpin yang bakal membebaskan Al-Aqsa seperti yang didakwa oleh Ostad Badrulamin suatu ketika dahulu. Ha Ha Ha.

Baca betul2 geng.aAnuar mane ada tarik balik statementnya di Wall Street Journal. Bunyi nak saman pun takda..Dia memberi gambaran media UMNO sembunyikan kenyataannya separuh iaitu "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians". Sedangkan dalam website WSJ sudah terang dan jelas anuar hanya sebut ni je "“I support all efforts to protect the security of the state of Israel” .. Yang sembunyikan ialah WSJ (kalau betul la) bukannya media UMNO.

Ahh lantak lah sembunyi atau tidak. Tapi bila digabungkan 2 ayat orang putih tu, anuar tetap mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat! Bukan dia suruh penjajah yahudi zionis berambus daripada Palestin. Ini ditegaskan sekali lagi oleh anuar :

=> "Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin."

dan sekali lagi

=> "Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf"

Lepas tu jual nama Putera Faisal daripada Saudi dan Raja Jordan..Itu anjing Amerika bai..Dan Amerika pulak anjing kepada Zionis. Tak percaya la aku..Kemudian amik statement lama Ismail Haniyeh yang maksud asalnya ialah gencatan senjata antara zionis-palestin. Wal hal, statement terkini Ismail Haniyeh Perdana Menteri yg dipilih rakyat Palestin secara jelas menyatakan :

"Bahawa gerakan Hamas tidak pernah mengiktiraf negeri yang diduduki Israel dan perjuangan akan berterusan sehingga seluruh tanah Palestin dibebaskan dan rakyatnya dapat kembali ke rumah masing-masing"

Bila cakap isu Palestin ni isu akidah, ramai tak setuju. Takpa lah..Kita pandang dari sudut rasional dan logik pulak. Israel ni penjajah. Mcm orang putih jajah tanah melayu. Kita nak sokong penjajah ke? Apsal bagi muka kepada penjajah? Seolah2 kita cakap pada British :

"Macam ni lah British, Semenanjung ni engkau punya tapi melaka bagi kat orang melayu. 31 Ogos 1957 kita bagi melayu merdeka. Amacam setuju?"

Itulah merdeka secara 2 state solution Israel-Palestin yang dipersetujui anuar. Cuba korang bayangkan nenek moyang kita diberi pilihan oleh PBB untukk merdeka daripada orang putih cuma dapat melaka je? Itu jam baru korang sedar hakikatnya nenek moyang kita menjadi pengebom berani mati macam orang palestin sekarang nih. Kalau kita dah rasa macam tu, apatah lagi dengan orang2 Palestin yang secara real sekarang ni sedang berjuang siang malam membebaskan diri daripada penjajahan Israel.

Tapi korang kena sedar, 2 state solution ni juga bermaksud Baitulmaqdis/Masjid Al-Aqsa masuk dalam kawasan Israel buat selama2nye. Pegi la cek garis sempadannye. Geng, Baitulmaqdis ialah kawasan suci ketiga umat Islam selepas Mekah & Madinah. Kalau lah 2 state solution ni jalan penyelesaian, maka Masjid Al-Aqsa akan dirobohkan dan didirikan Haikal Sulaiman tempat suci orang2 Yahudi. Itu pasal aku ckp isu ini berkaitan dengan akidah kita umat Islam. Target utama kita skrng ialah MENGHALANG perobohan Masjid Al-aqsa! Tapi anuar mahu Haikal Sulaiman didirikan secara indirect bila bersetuju dengan 2 state solution. Tak tahu lah aku lepas ni Ostad Badrulamin nak claim lagi anuar ni bakal pemimpin yg akan membebaskan Al-Aqsa atau tidak. Tapi kalau dah alang-alang nak menjilat, biar lah sampai ke 2 papan punggungnya. Ha Ha Ha.

Rumusannya, anuar tidak menarik statementnya di WSJ. Apatah lagi ingin menyamannya. Malah tunjuk mempertahankan statement asalnya di WSJ.Bersetuju dgn 2 state solution, bermakna setuju Masjid Al-Aqsa dirobohkan utk didirikan Haikal Sulaiman bagi penganut yahudi Zionis beribadat. Bukan isu akidah lagi?

Jadi tak heran lah desas desus mengatakan pendirian TG Nik Aziz & Majlis Syura Ulama' menyuruh anuar saman atau tarik balik statementnya di WSJ sebenarnya datang drpd Ikhawan Mesir. Sahih atau tidak, itu kena tanya TGNA.



Sunday 5 February 2012

Sedar La Sikit..

aish..dh lme xsentuh blog aku..mesti korg rindu aku kan nk bce blog aku..ceh..ngaku je r..hahaha...xper2,ari nie aku ade benda nak cerita..aku rase nak luahkan perasaan kat sini la..korang semua de otak kan,boleh fikir..so,lu fikir la sendiri...

kita hidup serba serbi lengkap,tempat tido orang kasi sewa,murah lagi..bil elektrik,air, semua termasuk dalam duit sewa rumah..97 LE je pn,baru RM50..tu pun ade orang merungut kata mahal..ade orang tak nak bayar sampai 5 bulan..pekejadah...ko ingat ini rumah bapak korang punya..lepas tu suka hati ko nak buat PAILANG kat sini macam ko ketua kami pulak..padahal,YDP dah ade,AJK pun dah ade..pe pasal ko nak tunjuk TAIKO ko hembus sane sini cakap ko lah YDP rumah negeri ni,..

tu baru satu brader,aku belum bukak abis lagi..kalau aku bukak abis,silap hari bulan ko kasi hentam sama aku..relax sudah,aku malas nak kecoh tapi kadang2 aku menyampah tengok muka ko..sedar la sikit,orang bagi muka kasi hormat sikit la..jangan tunjuk ko besar kepala..macam ko sorang je ada kepala..aku pun de,cuma tak besar macam ko la..

nasihat aku la,aku tau kita susah nak puaskan hati semua orangkan,macam aku tak puas hati dengan ko la..tapi kalau sebab benda macam ni aku menyampah dengan ko,ko rase patut tak??so ubah la ekh..jangan sampai aku tolong ko ubahkan perangai bodoh ko tu..