Saturday 2 February 2013

Konvoi,Senapang dan Dumyat

Assalamualaikum. Kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Tergerak hati saya untuk menulis post baru berkenaan dengan perjalanan konvoi saya bersama rakan-rakan saya ke Dumyat yang pada saya sangat mencabar dan tak pernah di alami oleh kami sebelum ini. Mungkin ada yang berfikir ini mungkin sekadar rekaan semata-mata namun hakikatnya inilah yang terjadi pada kami selama 2 hari ketika berada di Dumyat.

27 Januari 2013

9.30 pagi : Kami semua berkumpul di Baitul Hasanah untuk menikmati sarapan yang disediakan disana sebelum kami bertolak ke Dumyat. Masing-masing ceria kerana buat pertama kalinya kami semua berkonvoi di Mesir dalam jarak yang jauh dengan hanya menaiki motosikal. Semua lengkap dengan passport dan helmet full face untuk mengelakkan daripada habuk masuk ke dalam mata. Setelah siap bersarapan kami terus bertolak tepat jam 10.30 pagi. Konvoi ini di sertai oleh 11 orang pelajar dan 6 buah motorsikal berjenama Dayun, 2 buah Benelli, sebuah Boxer, sebuah Platina dan sebuah Vespa.

12.00 t/hari : Perhentian kami yang pertama di highway Salah Saleem, salah satu jalan menuju ke Zagazig. Kami berehat sebentar sambil mengambil gambar bersama-sama. Perjalanan yang masih jauh harus di tempuh oleh kami semua membantutkan niat kami untuk berehat lebih lama. Kami meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa ada masalah.

1.30 petang : Kami diduga buat kali pertama dengan masalah motorsikal salah seorang sahabat kami yang secara tiba-tiba pancit di tengah jalan. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan sejauh yang mungkin dengan mengurangkan beban yang ada pada motor tersebut. Akhirrnya kami terpaksa berhenti kerana tayar motor tersebut terlalu kempis dan tiada angin. Kemudian sebuah lagi motorsikal mengalami masalah kekurangan minyak motor namun dapat diselesaikan dengan mengambil sedikit minyak dalam setiap motor yang ada. Berkenaan dengan motor yang pancit itu, kami buntu kerana dikalangan kami tiada seorang pun yang membawa pam tayar walaupun kelengkapan yang lain sudah ada manakala kiri dan kanan kami padang pasir sahaja. Kami mengambil keputusan untuk membuka tayar tersebut dan memasang tayar baru. 3 orang sahabat kami termasuk saya pergi membawa tayar tersebut dan mencari stesen minyak yang berdekatan. Alhamdulillah dalam 1 KM di hadapan kelihatan stesen minyak namun stesen minyak tersebut tidak ada tempat untuk mengepam tayar. Kami meneruskan usaha mencari dan Allah permudahkan urusan kami kerana ada sebuah lagi stesen minyak dihadapan dengan tempat mengepam tayar juga disediakan. Setelah siap, kami pulang ke tempat sahabat-sahabat kami yang sedang menunggu dan memasang balik tayar. Kami teruskan semula perjalanan seperti biasa.

3.30 petang : Salah sebuah motorsikal jenama Benelli secara tiba-tiba mati seakan-akan tidak mahu meneruskan perjalanan ini. Ditambah pula dengan kondisi seorang sahabat kami yang tiba-tiba muntah kerana tidak selesa dengan perjalanan yang sangat panjang. Setelah memperbaiki motor tersebut, kami meneruskan semula perjalanan kami tanpa merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada kami.

3.45 petang : Kami berhenti di stesen minyak berdekatan dengan Ismailiyah. Suasana masih lagi gembira namun sedikit penat kerana kami membawa motor dengan perlahan dengan kelajuan 60-70 Km/h. Kami mengalas perut dengan membeli sedikit makanan yang ada di stesen minyak tersebut. Orang Arab Mesir yang bekerja di situ sangat peramah. Namun kami dikhabarkan dengan berita yang tidak baik apabila salah seorang dari mereka memberitahu  bahawa baru terjadi rusuhan di Port Said waktu itu dan kemungkinan akan ada banyak polis-polis yang menjaga di sekitar jalan yang akan kami lalui. Untuk pengetahuan semua, jalan ke Dumyat yang kami ambil akan melalui jalan ke Port Said sehingga sampai ke satu simpang menghala ke Dumyat namun cukup dekat dengan Port Said dan akan memberi masalah kepada kami. Setelah kami berbincang, kami memutuskan untuk meneruskan juga kerana kami sudah pun sampai di pertengahan jalan walaupun kami tahu risiko yang bakal kami lalui.

4.40 petang : Kami melepasi tol Ismailiyah dan kelihatan beberapa askar menjaga disitu. Kami melepasi dengan mudah tanpa ditahan. Ketika dalam perjalanan, kami melalui sebuah tempat yang dipenuhi dengan polis lengkap bersenjata di tepi kami namun mereka tidak menahan kami dan membiarkan kami melepasi mereka. Tetapi salah seorang dari kami melihat ada seorang polis mengacu senapang ke arah kami dari semak berhampiran dan dia berfikir mungkin polis itu hanya berkawal di situ. Setelah beberapa KM melepasi mereka, kami melihat sebuah jip yang penuh dengan polis lengkap bersenjata melepasi kami dan menjerit ke arah kami sambil mengacu senapang kepada kami. Jip tersebut menghimpit motor sahabat kami yang berada di hadapan dan mengarahkan kami supaya berhenti. Kami memperlahankan motor dan belum sempat kami berhenti, jip tersebut terus melanggar motor kami sehingga sahabat kami terjatuh dari motor. Dalam keadaan kelam kabut itu, kedengaran bunyi tembakan dari mereka ke arah tanah berhampiran memaksa kami berhenti dan baring di atas jalan. Sahabat kami yang di langgar tadi cuba untuk berlari ke arah kami di pukul dan ditendang oleh pihak polis malah duit didalam dompetnya juga diambil oleh polis tersebut. Kemudian datang beberapa jip polis yang lain cuba mengawal keadaan lalu lintas yang sesak ketika itu dan mengepung kami sambil mengacu senapang ke arah kami. Motor kami di terbalikkan dan barang kami diselongkar oleh mereka. Setelah itu, salah seorang daripada mereka bertanya kepada kami apakah warganegara kami, kami berkata Malaysia. Dia tidak percaya, kami menunjukkan passport yang kami bawa. Terus berubah air muka mereka kerana mereka telah menahan orang yang salah. Mereka bertanya macam-macam dan setelah itu mereka menjelaskan bahawa kumpulan motor kami ini telah diperhatikan sejak kami memasuki Ismailiyah tadi. Mereka berkata yang mereka mendapat maklumat akan ada sekumpulan motor yang datang dari jauh mahu membuat kacau di Port Said dan mereka menyangka kami lah orang nya. Mereka meminta maaf dan terus berlalu dari situ melepaskan kami yang masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian tadi. Setelah mereka pergi, kami mengutip barang kami dan berlalu dari situ meneruskan perjalanan kami.

5.20 petang : Sekali lagi motor berjenama Benelli tiba-tiba mati ditengah jalan dan memaksa kami untuk berhenti seketika. Setelah diperiksa, motor tersebut tidak dapat dikenal pasti apa masalah nya menyebabkan kami risau jika polis tadi datang semula kepada kami kerana kami berhenti di tepi jalan. Dugaan tidak berakhir disitu apabila datang pula 3 jip askar bersenjata berhenti di tepi kami. Kami dapat merasakan mereka akan buat perkara yang sama seperti polis tadi. Tekaan kami meleset, askar tersebut memberi salam dengan baik dan bertanya kepada kami ke mana kami mahu pergi. Kami menjawab setiap soalan yang diberi dengan jujur dan mereka melakukan pemeriksaan ke atas kami. Yang menarik perhatian mereka adalah beg gitar yang kami bawa itu dan mereka menyangka terkandung senjata didalamnya. Begitu juga dengan helmet full face yang kami pakai menyukarkan mereka untuk membezakan kami rakyat Malaysia dengan rakyat dari negara mereka. Setelah diperiksa dan memastikan barang yang kami bawa tidak merbahaya, mereka turut berlalu pergi. Tuan empunya gitar itu mengambil keputusan untuk meninggalkan gitar yang di bawa di tepi jalan. Kami semakin kusut kerana hari semakin gelap dan kami harus meneruskan perjalanan kami sedangkan motor tersebut masih tidak dapat diperbaiki. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menunda motor tersebut hingga sampai ke persimpangan antara Port Said dan Dumyat itu kerana berhampiran dengan simpang itu terletaknya sebuah stesen minyak. Dalam perjalanan kami itu, kami di potong sebuah motor ditunggangi orang Arab dan pada mereka kelihatan sebuah gitar. Kami lihat gitar itu kepunyaan kami. Hilanglah gitar peneman kami selama ini. Perjalanan terasa sangat jauh dan kami tercari-cari di mana simpang tersebut kerana selagi kami berada di jalan itu, kami pasti akan di tahan lagi. Alhamdulillah kami sampai di stesen minyak itu dengan selamat.

6.30 malam : Kami berehat seketika di stesen minyak ini dan perjalanan masih panjang lagi, sekitar 60 KM lagi yang harus kami tempuh sebelum sampai ke Dumyat. Motor masih rosak dan kami tersadai di stesen minyak itu. Kebetulan salah seorang arab di situ yang juga imam di surau berdekatan menawarkan untuk menolong kami. Dia mengesyorkan kepada kami supaya meninggalkan motor itu di rumah nya dan kami boleh meneruskan perjalanan kami seperti biasa. Kami berfikir bahawa meninggalkan motor disitu adalah berisiko besar memandangkan motor pelajar Malaysia banyak hilang kerana dicuri. Kami menghubungi sahabat kami supaya datang ke stesen minyak itu dengan menaiki lori. Dia telah bertanya dengan ramai pemandu lori namun tiada seorang pun yang berani untuk ke tempat kami memandangkan tempat yang kami berada ketika itu sangat hampir dengan Port Said. Kami sudah hilang punca dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kami bercadang untuk berehat dahulu sehingga pagi baru kami meneruskan perjalanan.

9.00 malam : Setelah 2-3 jam berehat disitu, imam tersebut kembali kepada kami membawa tali yang panjang dan mencadangkan supaya diikat motor yang rosak itu dengan motor lain dan menunda motor itu hingga ke Dumyat. Kami setuju dan kami meneruskan juga perjalanan itu dengan motor yang rosak. Perjalanan menjadi semakin perlahan dan rumit.

10.25 malam : Kami sampai di Dumyat tanpa masalah di tengah jalan. Ramai yang menarik nafas lega kerana kami sudah pun sampai di sana. Hanya tinggal untuk ke Ras El Bar untuk bertemu dengan sahabat kami disana dan check in ke rumah tumpangan kami. Kami bertanya kepada salah seorang Arab di situ dan dia mahu menolong kami tapi kami perlu bawa dia sekali. Dengan keadaan motor kami, kami menolak pertolongan itu dengan baik. Ketika itu kami lihat kami di kerumuni dengan ramai orang Arab sehingga sesak jalan. Rasa seperti artis sekejap. Haha. Kemudian, muncul seorang lelaki mahu menunjukkan jalan kepada kami dengan menaiki kereta. Kami merasa sangat berbesar hati, bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan kami. Orang-orang Arab di Dunyat sangat peramah dan kami gembira dengan pertolongan yang mereka beri. Kami teruskan semula perjalanan kami.

11.05 malam : Kami sampai di Ras El Bar dengan selamat tanpa ada masalah. Kami bersyukur kerana tiada yang cedera sepanjang perjalanan pergi ini. Sahabat kami, Iqbal yang tinggal di Dumyat membawa kami ke rumah tumpangan. Kami terus berehat kerana hari esok kami akan ke pantai mencari kerang.

28 Januari 2013

11:00 pagi : Kebanyakan kami baru bangun dari tidur dan masing-masing masih lagi keletihan. Kami bercadang untuk membeli barang dahulu kemudian baru ke pantai mencari kerang. Ini sebahagian dari gambar-gambar yang sempat kami ambil. Biarlah gambar yang menceritakan. =)















































29 Januari 2013

11:00 pagi : Kami bersiap-siap untuk pulang ke Kaherah setelah 2 hari di Dumyat (tak sampai 2 hari pun). Salah seorang dari kami pergi mencari lori yang sanggup untuk pergi balik ke Kaherah membawa motor yang rosak. Ramai yang tidak mahu namun akhirnya jumpa juga seorang yang sanggup pergi ke Kaherah dengan bayaran 400 LE. Setelah siap, kami bertolak meninggalkan Dumyat. Dari  buah motor, yang mampu meneruskan perjalanan hanya tinggal 4 buah sahaja kerana Vespa mengalami masalah di pertengahan jalan. Kami pulang tanpa ada masalah, Allah permudahkan perjalanan kami. Kami sampai di Kaherah sekitar jam 4.00 petang dengan kelajuan purata 100 Km/h.


Perjalanan konvoi kami ke Dumyat memberi banyak pengalaman dan pengetahuan yang tak dapat di beli dengan wang ringgit. Kami sangat berbangga kerana kami berjaya mengharungi cabaran-cabaran sehingga kami pergi dan pulang dengan selamat. Alhamdulillah, semuanya berkat pertolongan dari Allah dan doa dari kami semua. Suka duka, senang susah kami bersama. Itulah kawan. Tanpa kawan, kita tak mampu hidup sendiri. Saling tolong menolong, mereka inilah sahabat sejati. Dunia akhirat insyaAllah. Semoga ada lagi konvoi yang akan datang dan kami harap tak akan ada masalah seperti ini lagi. Wallahualam. =)



Tuesday 18 September 2012

Berubah Dan Bertuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca-pembaca blog sekalian. Memandangkan saya sudah lama tak update blog,tiba-tiba datang pula mood nak tulis. Selamat membaca.

Saya berkenalan dengan ramai sahabat saya,baik buruk saya terima. Saya sendiri bukanlah seorang hamba Allah yang baik hingga saya nak menilai orang lain,sedar akan kelemahan diri saya yang hina ini. 21 tahun saya hidup dan selama inilah saya melihat gelagat manusia di sekeliling saya. Bagi saya bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Silap sedikit mungkin kita yang akan terasing terutama bagi mereka yang mahu berubah dari keburukan kepada kebaikan. Sering kali dipersenda seolah-olah mereka lebih tahu akan diri sahabat mereka ini melebihi dari apa yang Allah tahu.

Bukan mudah untuk berubah. Perubahan yang baik bukan mengambil masa satu hari dua,mungkin sampai 2-3 tahun dan mungkin tak akan berubah langsung. Ini berubah kepada kebaikan,bagaimana pula perubahan kepada kejahatan. Hanya sekelip mata sahaja,kita sudah pun menjadi hamba yang berdosa.Bagaimana boleh terjadi seperti ini? Kenapa kita begitu berat untuk berubah kepada kebaikan tetapi begitu mudah untuk melakukan kejahatan? Timbulkan persoalan itu dalam diri kita sebagai permulaan untuk muhasabahkan diri.

Hati yang baik,hati yang sentiasa ada Al-Quran didalamnya. Ketenangan mampu dicari dengan hanya membaca Al-Quran. Cuba tanya pada diri sendiri,bilakah kali terakhir kita membaca Al-Quran? Adakah kali terakhir itu kerana Allah,bagaimana pula dengan bacaannya? Lancar atau tidak. Begitu juga dengan solat,bilakah kali terakhir kita bersolat? Bagi lelaki,adakah solat jumaat sahaja kamu berjemaah ataupun solat pada hari raya sahaja?

Persoalan ini harus ada dalam diri kita sebagai kayu ukur untuk mengenali diri kita dan memperbaiki kelemahan kita. Sebagai manusia yang sifat kita lemah,kita mudah lalai dengan dunia sedang akhirat kita lupa. Kita lupa bahawa dunia ini hanya persinggahan,akhirat sana yang kekal abadi. Kita lupa apabila kita tinggalkan dunia,tiada lagi jalan pulang semula. Tiada lagi peluang untuk kita berubah,untuk bertaubat dan sebagainya. Kita tidak percaya pada rezeki yang Allah Taala tetapkan untuk kita. Kita ambil mudah akan segala perintah Allah sedangkan kita berharap Allah mengabulkan segala permintaan kita,berharap agar segala apa yang kita mahu akan kita perolehi. Kita lupa seandainya kita mengejar dunia,hanya dunia yang Allah beri dan jika kita mengejar Akhirat,Dunia Akhirat Allah beri. Kita lupa semua ini.

Bertuahlah bagi mereka yang sedar akan kelemahan mereka. Lebih beruntung bagi orang yang cuba mengubahnya kerana ramai manusia yang sedar akan kesilapan tapi berterusan melakukan kesalahan itu. Hal-hal seperti masih muda,banyak lagi masa,malu diperlekehkan oleh sahabat yang lain yang menjadikan mereka begitu berani melakukan dosa. Sedarkah kita mati tak mengenal usia,sedarkah kita amal perbuatan kita di catit sepanjang masa,sedarkah kita bahawa masa kita semakin suntuk dan sentiasa meninggalkan kita. Bayangkan kita di padang Mahsyar nanti,apa jawapan yang kita akan jawab untuk dosa yang kita lakukan. Mulut tertutup,tangan kaki berbicara. Mampukah kita menafikan kesalahan kita di depan Allah nanti?

Iman itu adalah cahaya,keburukan itu kegelapan. Selagi mana kita berusaha untuk berubah,selagi itu ada iman dalam diri. Untuk apa kita bergelap dalam dunia yang hina sedang ada cahaya yang sekelumit menerangi jalan kita. Kita menghurung jalan yang berduri dan berliku sedangkan ada jalan yang lurus tanpa halangan. Berubahlah wahai sahabat,kita manusia biasa tidak lari dari godaan dunia. Pintu taubat terbuka luas seluas-luasnya. Berusahalah untuk berubah sebelum nikmat sihat kita diambil nanti. Mutiara kata,orang yang berjaya bukanlah orang yang berjaya pada akhirnya tetapi orang yang berusaha pada awalnya dan tak kenal erti putus asa. Wallahualam.

''Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka dan mereka kekal didalamnya'' Surah Al-Baqarah ayat 257

''Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang benderang. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Belas Lagi Maha Mengasihani terhadap kamu'' Surah Al-Hadid ayat 9.

Friday 1 June 2012

Wanita Daripada Rusuk Kiri



Assalamualaikum. Lama rasanya saya tak update blog ini. Maklumlah sekarang musim peperiksaan namun dikesempatan dan peluang yang ada ini ingin saya kongsikan bersama anda persoalan mengenai wanita adalah daripada rusuk kiri seorang lelaki paling atas yang bengkok dan kenapa wanita ini sangat unik ciptaannya.



Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W bersabda :
"...Layanilah wanita dengan baik dan dengan kebaikan,
kerana wanita adalah dicipta dari rusuk , dan bahagian yang paling bengkok tulang
rusuk adalah bahagian atas. Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannya, dan jika
anda membiarkannya, ia akan kekal bengkok. Jadi layanilah wanita-wanita dengan baik. Dan
bahagian paling bengkok tulang rusuk [yakni wanita] adalah bahagian atas [kepala]"
[Riwayat Bukhari : 3331, At-Tirmidhi : 1188]


Orang kristian berpendapat bahawa hadis ini menghina wanita, di mana mereka sebutkan bahawa seandainya kita betulkan wanita ini, akan patah. Kalau dibiarkan pula, akan tetap bengkok. Maka lebih baik tidak diendahkan. Mereka membuat andaian bahawa hadis ini menunjukkan wanita itu suatu kecacatan.


Jawapan...

Sebenarnya, tidak disebut baginda Muhammad saw bahawa wanita adalah cacat dalam hadis ini. Malah, jika dikatakan wanita itu cacat, ia bercanggah dengan Firman Allah swt :



''[Adalah Allah]Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya''
[Surah As-Sajdah : 7]



Maka, adalah sebuah kejian sekiranya Allah ciptakan wanita itu cacat seperti dikatakan orang kafir itu. Namun sebenarnya ciptaan Allah diciptakan dengan sebaik-baiknya.


Lihat pada sudut perspektif yang akan saya terangkan ini. Wanita diciptakan Allah dengan sifat feminin mereka, sifat lemah lembut mereka, penyayang mereka. Dan seorang lelaki seharusnya menerima seorang wanita itu seadanya, dan menerima sifat semulajadi mereka yang Allah telah tentukan.
  
{Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannya; dan jika anda membiarkan, ia akan kekal bengkok. Jadi layanilah wanita-wanita dengan baik}

Maksud ayat diatas adalah jika seorang lelaki itu melayani wanita dan mendidik wanita itu agar menjadi seperti apa yang lelaki itu mahukan, maka wanita itu akan "patah". Wanita tidak akan sempurna seperti yang lelaki itu mahukan dalam sesuatu aspek. Seharusnya wanita dilayan dengan kesabaran, anda juga seharusnya bersabar memahami wanita, kerana mereka merupakan ciptaan yang sangat indah. Namun jika dipaksa juga, maka wanita ini akan "patah" dan kerana itulah banyak penceraian terjadi.

{Dan bahagian paling bengkok tulang rusuk [yakni wanita] adalah adalah bahagian atas [kepala]}


Disini dijelaskan bahawa bahagian wanita yang paling sukar untuk "diluruskan" adalah kepalanya, iaitu pemikiran mereka, emosi mereka dan sebagainya. Cukup mendalam hadis ini sebenarnya. Dalam bahasa mudahnya adalah, wanita ini sukar untuk difahami dari segi emosi mereka, perasaan mereka oleh pihak lelaki. Kerana pada lelaki, cara pemikiran lelaki berbeza dari wanita. Anda akan melihat bahawa sering terjadi pergaduhan dalam rumah tangga kerana tiada kesefahaman antara suami isteri dan kesukaran untuk suami mengikuti kehendak, pemikiran isteri .

Rusuk melindungi jantung dan paru-paru

Dalam ilmu biologi, rusuk merupakan suatu tulang yang melindungi organ dalaman iaitu jantung dan paru-paru. Wanita diumpamakan sebagai rusuk untuk memuliakan mereka. Seandainya rusuk ini diluruskan, atau dipatahkan, maka jantung dan paru-paru lelaki ini akan terdedah kepada ancaman. Maka, untuk elakkan daripada organ lelaki ini cedera, maka lelaki ini haruslah menjaga rusuk mereka sebaiknya.

Bayangkan andainya bahawa anda akan dipukul, untuk melindungi jantung anda daripada kesakitan, semestinya...anda akan melindungi "RUSUK" anda dahulu, kerana jika rusuk ini bengkok atau patah ke dalam, ia akan menyakitkan anda.


Begitu jugalah anda harus menjaga wanita yang diciptakan Allah ini yang begitu unik sekali. Mereka seharusnya difahami, bukan dilahirkan semata-mata untuk mengikut kehendak anda sahaja. Allah menjadikan ciptaanNya begitu baik tanpa ada cacat. Demikian juga dengan kita. Jadi layanilah wanita dengan sebaik-baiknya.



''Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan 
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tin : 4]

Saturday 21 April 2012

Indahnya Ilmu Itu..



Assalamualaikum,apa khabar semua??harap semuanya sihat..post kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang ilmu dan mahu mengingatkan kembali sahabat-sahabat saya khususnya dan para mahasiswa yang lain amnya agar mengimbas kembali tujuan asal kita sebenarnya apabila bergelar mahasiswa dan juga seorang pelajar..Bagaimana dahulu kita bermati-matian untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang,kita berusaha membanggakan ayah ibu kita disamping kita berazam untuk berjaya dan membantu keluarga kita..Masih ingatkah kita tentang azam-azam dan matlamat ini??

Bila kita sebut tentang menuntut ilmu ni,dalam Islam kita diwajibkan menuntut ilmu..

Daripada Abu Darda' r.a katanya

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

  • "Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."
  • "Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."
  • "Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yang ada di dalam air."
  • "Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."
  • "Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

Dari mana datangnya ilmu pengetahuan ini?
Kalau kita tak menuntut dari mana datangnya ilmu..Ilmu boleh diperolehi dari banyak cabang dan pengalaman..Dari zaman prasejarah ilmu diperolehi dari sejarah turun temurun keluarga..Mungkin zaman itu bekerja,cara mendapatan makanan,cara menjaga keseamatan diri diajar kepada anak cucu untuk dijadikan panduan hidupnya..

Apabila tulisan dan abjad muncul semua pengalaman ini dikumpulkan didalam sebuah buku..buku ialah ilmu pengetahuan dari pembuatan dari pengalaman yang terkumpul..Buku ialah ilmu pengetahuan yang dikumpul berdasarkan pengalaman-pengalaman yang ada..Ertinya buku-buku ilmu pengetahuan adalah hasil pembuatan..Melalui tulisan,semua pengalaman yang terkumpul itu dijadikan rujukan..

Dalam menuntut ilmu mestilah berguru,ilmu dengan cara pembacaan sahaja tidak dapat dipraktikkan dan difahami secara menyeluruh..Dan kerana itulah tertubuhnya institusi dan insan bernama guru untuk mengembang ilmu pengetahuan secara baik dan praktikal..Bagaimana pula dengan adab berguru??Adab berguru itu harus kita jaga..Ilmu yang bermanfaat dan baik itu datang dengan redha guru yang mengajar kita..Mahukah kita menuntut ilmu dengan guru sedangkan dia tidak redha dengan kita??Mereka cuba beri yang terbaik pada kita sedangkan kita tak menjaga hati mereka dengan sebaiknya..Tidak menjaga adab menuntut ilmu dengan seorang insan bergelar guru..Fikirkan..

Ilmu bukan khayalan yang hanya boleh ditafsir dengan akal fikiran kita sahaja..Bahaya ilmu jika ditafsir begitu sahaja tanpa pembelajaran yang betul..mari kita renungkan mutiara kata ini :


  • Pandangan Mata - Adakala kita tertipu dengan apa yang dipaparkan dihadapan kita..Sepertimana indahnya dunia sehingga ramai yang hanyut bersamanya..
  • Pandangan Akal - Jika berpandukan ilmu yang terhad atau tidak berilmu,akan merosakkan kita..
  • Pandangan Nafsu - Jika nafsu itu jahat,pasti akan rosaklah manusia itu..
  • Pandangan hati - Mestilah hati itu bersih berteraskan keimanan kepada Allah..barulah sempurna semuanya..
  • "Ilmu itu lebih baik dari harta,karena ilmu akan menjagamu sementara harta harus engkau jaga,ilmu akan terus bertambah dan berkembang dengan diamalkan sementara harta akan terkurangi dengan pengunaan, dan mencintai seorang yang berilmu adalah agama yang dipegangi,ilmu akan membawa pemiliknya untuk berbuat taat selama hidupnya dan akan meninggalkan nama yang harum setelah matinya,sementara orang yang memiliki harta akan hilang seiring dengan hilangnya hartanya..Pengumpul harta itu seakan telah mati padahal sebenarnya dia masih hidup,sementara orang yang berilmu akan hidup sepanjang masa..Jasad-jasad mereka telah tiada namun mereka tetap ada di hati manusia.."

Menuntut ilmu tiada akhirnya...Wallahualam..

Sunday 15 April 2012

Berpolitik ke Belajar Korang Ni??

Wah2,isu PTPTN ni semakin hangat diperkatakan diseluruh Malaysia..dengar cerita sampai mahasiswa berdemo minta PTPTN ni diberi percuma pada mereka..kenapa sampai macam ni sekali isu ni dipermainkan..dah cukup fikir masak-masak tentang apa yang korang laung-laungkan ni??aku nak ulas sedikit tentang asal usul PTPTN ni..

PTPTN ni ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997 yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana,Off Jalan Semantan,Damansara Heights,Kuala Lumpur..

Fungsi PTPTN :

1) Menguruskan pembiayaian untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman..
2) Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan..
3) Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis..

Ni serba sedikit tentang PTPTN yang aku copy dari Website PTPTN sendiri..kalau kita tengok dari fungsi PTPTN tu sendiri dah tertulis pinjaman kat situ..manusia-manusia yang meminjam PTPTN ni memang sedia maklum yang PTPTN ni adalah PINJAMAN,BUKAN FREE!!so kalau dah meminjam reti-reti la bayar..kenapa susah sangat nak faham konsep tu??kita pinjam duit,bererti kita berhutang..so kita kena la langsaikan..dan aku rasa kalau korang dah bekerja nanti korang pasti mampu untuk bayar pinjaman ni..bukan kena bayar sekaligus,bayar ansur-ansur..maybe korang rasa PTPTN tu membebankan dan susah nak bayar..kenapa dah tau membebankan kau still lagi nak meminjam??dah pinjam duit tu beli benda bukan-bukan siap beli handphone baru lagi,beli baju baru,kereta semua..belanja sakan lepas tu bila dah sampai masa nak bayar balik liat pula..padan la ramai kena pancung dengan Ah Long sebab sikap segelintir manusia yang memang liat sangat nak bayar hutang..Kah Kah Kah..tahu guna je,bayar balik tak reti pula..

Lepas tu aku tengok mahasiswa bengong kat Malaysia ni tau nak berdemo je,babitkan diri dengan politik yang tak berfaedah tu sedangkan tugas kita jelas-jelas kena belajar..aku tak faham dengan mahasiswa macam ni..diorang ambil mudah sangat pasal benda ni..hari tu kes AUKU,sekarang PTPTN pula..lepas ni apa??berdemo sana sini belajar entah ke mana..berdemo pula kononya isu yang dibangkitkan adalah hak mahasiswa,PTPTN free tapi yang aku tengok terpesong habis..orang kalau ada mata tengok situasi time ko tengah buat demo tu boleh tau yang korang ni sebenarnya hanya menggunakan isu tapi hakikatnya korang ni nak berpolitik je..meh aku tunjuk satu gambar ni..


Ha,pe benda ni..siap kalung macam Hindu dengan batu nisan lagi..gambar Dato' Najib pula tu..apa tujuan korang buat benda ni..korang nak buktikan apa..aku sumpah tak faham..aku tengok benda ni aku fikir dua benda..1st korang mainkan agama Islam kita,agama suci kita sebab aku tengok kat situ Dato' Najib orang Islam,korang kalungkan gambar dia macam mengikut adat agama Hindu plus korang letak batu nisan pula tu..2nd,korang ni politik je lebih..isu yang korang nak ketengahkan tu tenggelam bila korang buat benda ni..nampak macam korang ni nak berpolitik ada la..tak ada kena mengena langsung Dato' Najib dengan isu yang korang mainkan tu..siap ada tulis demokrasi pula tu..PTPTN,Demokrasi??apa kaitan??aku sumpah terkejut dengan apa yang aku tengok ni..dalam video pun korang siap cakap Dato' Najib dah mati la apa la..MasyaAllah..apa semua ni??korang tak ada agama ke??aku macam pelik gila dengan mentaliti korang ni..macam budak baru nak up..mana otak korang pergi time ni..letak kat kepala lutut??kita ni mahasiswa ke ahli politik..

Aku ada dengar tentang isu lain yang diorang mainkan iaitu isu pendidikan free..aku pun kalau ikutkan suka kalau dapat pendidikan free..ye la,sapa tak suka benda free kan,sekarang ni masuk tandas pun kena bayar..hahaha..tapi korang kena tahu..Malaysia telah pun hampir memberi pendidikan percuma..kalau dulu buku teks kasi pinjam dan yuran bayar..sekarang yuran dah mansuh..diperingkat Universiti pula,90% di IPTA kerajaan tanggung..IPTS tanggung sendiri la sebab ada yang gagal tapi kaya dan ada yang ambil kursus yang tak ekonomik macam kursus lakonan di Kolej Lim Kok Wing..Di IPTA,PTPTN disediakan untuk membantu sebagai duit tambahan untuk membeli makan minum,buku dan lain-lain..tapai yang aku nampak diorang ni guna PTPTN untuk beli handphone baru,belanja awek,jalan sana sini..siap ada yang mengaku lagi aku tengok..kalau sekarang ni Iphone la korang sambar..kalau dah sebijik Iphone tu dah berapa pula duit korang abis..kenapa tak berjimat,membazir pula padahal dah tahu kena bayar pinjaman nanti..malah kerajaan siap gariskan PTPTN tak perlu bayar kalau result korang cemerlang..ITU BUKAN BUKTI PENDIDIKAN PERCUMA KE??dalam kes ni kita boleh panggil sistem barter..belajar sejarah kan..kerajaan akan bagi free PTPTN,sebagai balasan korang belaja bersungguh-sungguh dan dapat result cemerlang..siapa kata ini bukan percuma,meh aku bagi sedas dua kat muka kau..belajar je la,tak payah nak berpolitik demo sana sini..yang ruginya siapa??kita mahasiswa ni..

Dalam hidup ni tak ada benda free..Allah bagi kita akal fikiran,tubuh badan yang sihat..ni semua pinjaman,bila-bila Allah boleh tarik balik nikmat-nikmat ni..malah nikmat ni bukannya Allah bagi free kat kita suruh lenggang kankung kat atas muka bumi ni..sebagai balasan kita taat pada perintah-Nya,jauhi larangan-Nya..ebih kurang macam kita "bayar" balik nikmat yang kita peroleh walaupun tak akan menyamai dengan nikmat..bersyukur dengan apa yang korang peroleh..ramai lagi di luar sana yang tak cukup bertuah dapat kesenangan seperti yang ada di Malaysia..muhasabah diri dan tetapkan pendirian kita..banggakah ibu bapa kita jika kita berkelakuan seperti ini??fikirkanlah..

Tuesday 10 April 2012

Haihh..Macam-Macam Puak Kopiah Ni..

Dulu pernah meletup pasal Ustaz Khairi Jalalludin atau nama famous nye Ustaz KJ kena hack facebook beliau oleh orang yang tak bertanggungjawab..lepas tu print screen semua perbualan antara Ustaz KJ dengan beberapa sahabat beliau..sampai macam tu sekali mereka-mereka ni nak jatuh kan Ustaz KJ..apa salah beliau sampai macam ni sekali mereka lakukan..masyaAllah..seolah-olah mereka cuba nak mengaibkan beliau dan puak-puak berkopiah ni menganggap usaha mereka ni satu kejayaan yang besar..padahal pe je yang mereka dapat??beberapa perbualan antara Ustaz KJ dengan Ustaz Anwar,Pegawai Melaka tentang isu Firdaus Mazlan kena buang??En Ridhwan aka Wan Motor pun kena sekali??apa cerita..sedih aku tengok pencacai ni sume..korang tau ke buka aib orang tu berdosa..apatah lagi korang cuba mefitnah beliau..belaja agama tapi bila situasi macam ni mana korang letak agam korang..kepala lutut??sedikit gambar gua sertakan..




Tu dia,tengok bahasa diorang..macam ni muka-muka pejuang kebenaran,muka-muka ustaz..pakai kopiah bagai tapi bahasa macam bodoh..sori la,cakap pun bersepah bajet bagus..Diorang ngat mak bapak diorang agaknya yang bagi makan kat Ustaz KJ..itu yang huru-hara semacam je..lepas tu siap buat page lagi tu..page kat FB??Kah Kah Kah..tak ada modal dah ke??kau ingat page FB tu boleh bantu ke??kau ingat Mark Zuckerberg nak datang Malaysia kasi report apa yang Ustaz KJ buat??lawak gila korang ni..antara page2 yang popular ialah KJ Bocor Fan Club , 3000 People Request Khairi Jalalluddin Resignation from JPMK Mesir..hahaha..siap de yang tanye..dah 3000 orang like ni,nak buat apa sekarang??Ustaz KJ tak letak jawatan ke??KAH KAH KAH..ada ke sebab page-page bodoh macam ni Ustaz KJ nak letak jawatan..memang harapan la der..

Lepas tu,tentang En. Ridhwan atau lebih dikenali sebagai Wan Motor pun kena bahan gak..baru-baru ni hampir 300 pelajar PMRAM datang serbu rumah melaka..aku ada ceritakan dalam post PMRAM Jahanam..mereka seolah-olah tidak menghormati Penolong Pegawai Melaka yang ada pada ketika tu..lepas tu ada ke nak suruh Wan Motor tutup blog sebab bahan korang..asal tak tutup je semua medium yang korang buat untuk bahan Ustaz KJ dan Wan Motor??nak bagi senang kat korang la,orang lain korang kasi susah la..macam tu??middle finger untuk korang..

Aku tak nampak pun apa yang Ustaz KJ buat tu salah..bagi nama orang-orang yang terlibat waktu BERSHIT hari tu sebab korang ni melampau..EM dah keluarkn pekeliling jangan terlibat dengan BERSHIT tapi Firdaus Mazlan bodo tu buat korang pun dungu sangat pegi join then bila tindakan diambil korang melenting..peraturan korang tak nak ikut..PMRAM sape,besar sangat ke sampai EM pun korang nak lawan..Ustaz KJ hanya menjalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan pada dia..begitu juga Wan Motor..tolong hormat sikit mereka sebab merekalah orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar kat sini..come on la,dalam Islam sendiri pun tak ada mengajar umatnya kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita..lepas tu,korang cakap Ustaz KJ zalim,kerajaan zalim..kenapa??sebab kes BERSHIT korang dikenakan tindakan,kenapa??sebab korang langgar pekeliling yang EM dah keluarkan..so celah mana zalim nya..aku sokong Ustaz KJ buat macam ni,sebab aku rasa Ustaz KJ tak mahu terlibat bersekongkol dengan tindakan bodoh korang ni..korang patut diambil tindakan,setiap perbuatan pasti ada balasan..dalam Islam pun ada ajar dosa pahala..peraturan itu sama seperti perintah..perintah korang langgar,dapat apa??dosa la..simple..

Setahu aku,semua pelajar Malaysia akui EM yang bertanggungjawab menjaga kita,mewakili kerajaan Malaysia untuk berada di Mesir..apa salahnya kita menghormati setiap keputusan yang diambil..dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan..kalau benda kecil macam ni kita patuh,tak akan ada masalah macam ni..ada otak fikir la..aku yang lagi muda dari kau ni pun boleh nampak mana satu betul dan salah,korang yang dah hidup lama tak mampus-mampus lagi tak ada otak nak fikir ke..renung-renungkan la..

p/s : Sabar ya Ustaz KJ dan Wan Motor..Allah bersama orang yang benar..moga kesabaran yang ada akan menjadikan Ustaz KJ dan Wan Motor lebih cekal dan berjaya..insyaAllah..


Monday 9 April 2012

Tahniah Buat ISMA..

Assalamualaikum..dah lama rasanya tak update blog ni..entah la,malas nya bukan main lagi..hahaha..memandangkan nak exam tak lama lagi,so kena la kurang-kurang kan benda yang tak penting ni..tapi entah la,ada satu kisah menarik la yang nak diceritakan kat sini..ye la,kalau nak ikutkan banyak cerita tapi satu pun jadi la..hahaha..

Berkenaan dengan program anjuran ISMA baru-baru ni,tahniah saya ucapkan..program yang dianjurkan banyak memberi input yang berguna kepada mahasiswa terutama sekali perkara yang berkaitan dengan POLITIK ISLAM..kenapa ya POLITIK ISLAM??bagi yang dah terbiasa dengan suasana di Mesir ketika ni,banyak perkara yang sudah berlaku dan hampir semua perkara dipolitikkan.salahkan kerajaan dan sebagainya sedangkan perkara harus disiasat secara mendalam dan berfikir secara rasional..jadi topik seperti ini mampu menyedarkan segelintir mahasiswa yang terlalu taksub berpolitik..hahaha..

Tentang blog terulung di Mesir pada waktu ni,yang sangat mendapat perhatian mahasiswa di Mesir,yang menyajikan ''hidangan'' yang pada aku kadang-kadang kurang enak dibaca itulah dia blog Media Mesir..blog ini mengupas isu program yang ISMA lakukan dan menuduh ISMA adalah balaci UMNO seolah-olah mereka mempunyai bukti tentang perkara itu..aku kalau nak ikutkan memmang dah muak dengan perangai segelintir puak-puak kopiah bajet bagus ni..mereka rasakan mereka sahaja yang betul malah perjuangan mereka sahajalah yang suci padahal mereka ni lah perosak agama sebenarnya..gunakan agama sebagai hujah mereka dalam berkata-kata walaupun jelas mereka salah,gunakan agama untuk berpolitik dan sebagainya..tapi dalam blog MediaMesir ni mereka berkata yang ISMA gemar bermain dengan selamat malah mereka mempersoalkan kenapa segelintir ISMA yang join BERSHIT hari tu tak dikenakan tindakan seperti mereka kena..maaf la,memang dah nasib korang kena tarik pinjaman,kena buang Darul Ifta..muka korang paling obvious kat situ,lepas tu salahkan ISMA pula..banyak cantik..

Lagi satu benda yang menampakkan kebodohan PMRAM ni bila blog tu cakap ISMA balaci UMNO..ni aku nak huraikan la..kalau la ISMA tu balaci UMNO,tak ada nye diorang nak pergi join BERSHIT hari tu..ada otak tak nak fikir..bodoh semacam je korang semua ni..hanya berpandukan sekeping gambar yang ditangkap bersama Pengerusi UMNO Mesir,Pegawai EM,Pengerusi Peguam Muda,Pegawai Melaka korang dah melatah sampai macam ni sekali..haihh..

Menurut apa yang aku dengar,pembentangan kertas kerja juga dilakukan dan isu yang dibincangkan adalah isu semasa umat Islam..sewaktu perbincangan tersebut berlangsung,tiada langsung diselitkan unsur-unsur berkaitan kerjasama politik antara ISMA dan Kelab UMNO mahupun KPMM..macam mana PMRAM hati busuk ni boleh kata ISMA berkerjasama dengan UMNO..malah sewaktu perbincangan berlangsung dalam bilik VVIP,pihak BAKAN dan PMRAM juga dijemput untuk turut serta..kenapa mereka tidak hadir sekali..mungkin kalau mereka hadir,mereka lebih jelas malah isu balaci-balaci ini tak akan timbul..disitu dapat kita lihat keegoan PMRAM itu sendiri..mereka merasakan mereka tidak perlu hadir waktu itu dan merasakan persatuan mereka cukup BESAR sampai semua orang termasuk EM sendiri kena melutut dikaki mereka..memang bodoh pemikiran macam ini..

Walauapapun aku bangga dengan ISMA,walaupun di kecam,dihujani dengan soalan-soalan panas waktu program tu,mereka tak cepat melatah macam puak-puak kopiah yang hipokrit ni malah mereka menjawab dengan penuh berhemah dan menjawab dengan fakta..bukan seperti pihak PMRAM yang suka cakap berbelit..Teruskan usaha murni anda dalam menyebarkan syiar Islam..pedulikan apa mereka nak katakan asalkan pihak ISMA tahu apa yang mereka lakukan itu adalah betul..


Tahniah sekali lagi buat ISMA.. =)